Thursday, December 16, 2010

Selamat Datang Ke Homestay Port Dickson




Aziz Yatim menulis:
Modul Agape Love ini adalah hasil daripada cubajaya yang sangat lama. Bermula dari tahun 1994 dan banyak perubahan yang telah dilakukan dalam bentuk cerita dan latar muzik. Ianya memberi kesan yang amat tinggi terhadap kasih sayang kepada sesiapa yang mengikutinya. Selalu saya katakan sekiranya seorang pelajar mengikutinya dia akan menyayangi orang lain di sekelilingnya lebih dari sebelumnya. Mereka akan cuba membantu manusia dan menyayangi mereka. Mereka akan lebih menghargai ibubapa mereka, guru dan sebagainya. Begitu juga sekiranya guru yang mengikuti modul ini mereka akan menyayangi pelajar mereka lebih lagi dari sebelumnya. Mereka akan memandang pelajar sebagai manusia yang berharga dan perlu dibantu. Pandangan sebelum ini mungkin tidak seperti itu. Lumrah dunia kadang-kala seorang guru itu tidak suka untuk membantu pelajar mereka sendiri kerana ciri-ciri yang ada pada pelajar tersebut seperti pelajar gedik, mengada-ngada, tidak pandai, malas dan sebagainya. Apapun cuba ikuti apa luahan rasa daripada peserta yang telah mengikuti modul ini. Ini adalah sumbangan kecil saya untuk mewujudkan suasana kasih sayang dalam kalangan manusia di dunia ini. Wallahualam. Kepada sesiapa yang telah mengikutinya sila email luahan rasa anda ke pusaka01@yahoo.com untuk saya uploadkan ke blog ini. Selamat membaca. Wassalam.

FIRST ENTRY: 11.09.09Nur Azani menulis:
Agape Love... sesunggunya bahasa cintas itu tiada taranya. Hati yang pada azalinya dikurniakan dengan rasa kasih jika disiram dan sentiasa dibaja dengan cinta ia akan mekar mewangi sepanjang masa. Agape Love mengajar saya menghayati apa makna kehidupan yang penuh dengan kasih sayang. Cinta itu milik sesiapa sahaja tanpa terbatas oleh batasan usia, bangsa dan agama. Setiap orang punya seribu jalan yang berliku dalam menjadikan siapa mereka. Agape Love banyak melatih saya mkenden gar apa yang tersirat dalam hati manusia walaupun tanpa mendengar suara mereka. Bagi saya penghayatan kepada Agape Love merupakan satu penghargaan diri yang amat tinggi dan tiada nilainya. Agape Love membuat saya merenung dalam diri dan melahirkan sebuah perasaan yang cukup berbeza terutamanya sebagai seorang manusia, hamba, anak, pelajar dan sudah semestinya sebagai seorang kaunselor di masa hadapan. `u i love...'

Yusmi Suhana menulis:
Agape Love banyak memberi impak kepada saya. Setelah melalui aktiviti itu, saya telah mengaplikasikan pendekatan kasih sayang dengan rakan-rakan. Saya juga turut mengaplikasikannya dengan keluarga serta anak-anak saudara saya. Ternyata ianya berkesan, kerana saya berasa lebih rapat dengan rakan-rakan, keluarga saya dan juga anak saudara saya. Buat pertama kali dalam hidup saya saya menyatakan sayang kepada ma dan abah saya dan dengan abang-abang saya dan akak saya, saya lebih senang dengan mengucapkan `I Love You'. Dengan rakan-rakan pula ungkapan You I Love sering dilafazkan dan akan sentiasa melafazkan ungkapan-ungkapan yang memberi seribu makna kepada diri saya.

Zuriatie menulis:
Agape Love memberi kesan yang mendalam dalam hidup saya. Agape Love telah menunjukkan bagaimana kasih sayang amat penting dalam kehidupan manusia. Berdasarkan apa yang telah saya lalui, saya merupakan seroang kakan sulung kepada 7 adik beradik. Di rumah, saya agak tegas dengan adik-adik. Sehinggakan mereka kadang kala takut untuk bertanya soalan kerja rumah kepada saya. Bukan niat saya untuk bersikap sedemikian rupa, tetapi sikap mereka yang nakal dan degil membuatkan saya memarahi mereka. akan tetapi, selepas saya mendengar kisah cinta agape love daripada En. Aziz, dengan tiba-tiba saya teringatkan adik-adik saya di kampung. Saya berasa amat bersalah dengan tindakan kasar saya selama ini terhadap mereka sedangkan sebenarnya saya patut memberi pengajaran serta tauladan yang baik kepada mereka. Oleh yang demikian, saya cuba untuk berubah. Seminggu pulang ke kampung, saya praktikkan pendekatan agape love. Saya cuba mengawal perasaan marah saya dan alhamdulillah saya dapat mengurangkan perasaan tersebut walaupun kadang kala perangai mereka menguji kesabaran saya. Pendekatan ini benar-benar mendekatkan saya dengan adik-adik saya yang lain sehinggakan saya rasa berat hati untuk meninggalkan mereka.

Sara (bukan nama sebenar) menulis:
Aku tidak menjangkakan sesuatu yang maha hebat akan berlaku, tapi inilah realitinya. Dari kecil aku diasuh dengan sikap kegarangan, kemarahan, disiplin yang tinggi dan ketegasan, pendek kata sukar untuk aku dapatkan pelukan manja, kasih sayang dan belaian manja dari keluargaku. Suatu hari mak dan abah bergaduh dan aku tahu semua ini gara-gara abah. Dia membuatkan ibuku menitiskan air mata kekesalan. Aku benci melihat keadaan begitu. Tidak semena-mena aku meninggikan suara kepada abahku. aku memberontak dan langsung tidak bercakap dnegannya. Aku memboikot dia dengan cara tidak layan dan tidak bersembang walaupun sepatah. Demngan harapan dia akan berubah. Ternuyata tidak sama sekali. Sehinggalah aku menyertai kursus En. Aziz, baru ku sedar pendekatan kasih sayang lebih bermakna. Aku yakin kata-kata En. Aziz, dan apabila cuti seminggu aku mulal berubah. Aku tunjukkan aku sangat sayangkan abah dan emak. Jujur aku katakan aku terlalu sangkan mereka tapi dahulu aku tidak pernah tunjukkan. Kata En Aziz, lebih baik kita luahkan sekarang, esok lusa belum tentu ada peluang itu. Hatiku tergerak, aku bertindak!
Kalau dulu aku tidak pernauh bercakap, abahku turu membisu. Aku mulakan strategi sewaktu abahku datang menjemputku di stesen bas, aku tersenyum dari jauh. Salam aku ucapkan, kalau dahulu taubat aku takkan buat. Emak dan abah berpandangan. Nak tergelak aku dibuatnya. Aku mulakan perbualan. Kalau dahulu suara aku kasar bila bercakap dnegan mak dan abahkuk sebab aku tak biasa tapi kali ini aku benar-benar bertekad. Suara lembut aku lontarkan. Ternyata abah dan mak memberi respon yang baik. Aku tunjukkan aku sayngkan mereka. Abah yang dulunya suka sangat membuat salah, bila tiap hari aku tunjukkan sayang pda abah dan juga ahli keluarga dia mula dendekati aku. Aku berikan respon.. Mungkin dia hairan sebab aku tak macam dulu.Suatu kejayaan besar bagi ku dan mungkin lepas ini aku mahu dia berubah tapi bukan sekarang terlalu awal. Aku nak dia rasa diriku cukup penting dan dia sendiri akan berubah kerana anak dia yang tercinta. Mungkin esok atau lusa. Sebenarnya aku tidak sangka sama sekali aku akan berbaik balikk selepas pergaduhan besar berlaku antara aku danegan abah. Tapi bila aku sendiri mengambil inisiatif untuk berbaik dan cara aku pilih ialah dengan cara kasih sayang, ternyata aku perolehi hasilnya walaupun hanya bertegur sapa. Lihat betapa hebatnya cinta, jika kita memberi dengan ikhlas dan 1000 kali ganda kita dapat balasannya.
SECOND ENTRY: 13.09.09

Seperti yang diceritakan Maziah (bukan nama sebenar)
Satu ketika saya amat membenci ayah saya. Bayangkan sebagai seorang anak perempuan yang mempunyai nilai keislaman yang tinggi tetapi ayah tetap tidak berubah dari dulu. Memang telah lama saya hendak menegur ayah. Tabiatnya yang saban hari menjelang maghrib ke pekan untuk bermain mahjung dengan rakan-rakannya itu sangat memalukan kami sekeluarga. Masanya amat sesuai saya kira apabila ayah meminta saya menghantarkannya ke pekan tatkala maghrib hendak menjelma. Saya menegur ayah dengan menasihatkannya berubah dan tidak lagi bermain mahjung. Saya katakan padanya dia telah tua dan patut pergi ke masjid daripada ke meja mahjung. Tanpa berfikir panjang ayah ke belakang lalu membawa bersamanya paip getah lalu melibas saya semahunya. Saya menjerit kesakitan dan lari darinya. Sejak hari itu saya tidak lagi bercakap dengan ayah. Sehinggalah ayah sakit kerana diserang angin ahmar. Ayah tidak boleh lagi berjalan. Saya pulang ke kampung dalam cuti semester tetapi tidak mendekati ayah langsung. Saya tidak langsung bertanya khabar atau menatap wajahnya yang sedang berbaring itu. Saya sangat sakit hati atas perlakuannya terhadap saya yang telah besar panjang ini. Saya malu sebagai anak perempuan diperlakukan sedemikian rupa. Tetapi setelah saya melalui modul agape love fikiran saya terus terarah kepada ayah yang sedang sakit di rumah. Saya bertekat hendak balik dan berbaik dengan ayah. Cuti semester peluang yang saya nantikan. Saya mendekati ayah dan melembabkan badannya dengan towel basah. Saya mengurut badannya. Saya bercerita dengannya. Saya tahu ayah tidak boleh pukul saya lagi macam dulu dan saya juga tahu ayah amat menyesal memukul anak perempuannya ini. Saya dapat melakukannya selama tiga minggu dan selepas itu ayah meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya. Jika saya tidak melalui modul agape love mungkin saya tidak dapat berbuat demikian dan saya akan meratapi dan menyesal seumur hidup saya. Terima kasih En. Aziz.

Noraini menulis

Agape Love banyak menyentuh jiwa saya. Saya mulai mengerti tentang nilai kasih saying dan cinta. Saya memberanikan diri untuk meluahkan rasa kasih dan saying saya terhadap seseorang melalui perkataan dan tingkahlaku. Abah dan ibu saya merupakan insane yang paling awal dapat mengesan perubahan sifat saya. Pandangan mata dan cara pergaulan antara kami sekeluarga juga mengalami perubahan yang amat positif. Saya juga yakin bahawa abah, ibu dan ahli kelurga yang lain meyayangi saya seperti saya menyayangi mereka. Selain itu, saya juga agam mudah untuk membuat perkongsian perasaan dan semakin mempercayai orang lain.

Norazura menulis
Kisah agape love amat berkesan dalam diri saya. Saya sedar kasih sayang patut diletakkan tempat yang tertinggi dalam kehidupan. Sesungguhnya, saya amat percaya bahawa kasih sayang adalah puncak kebahagiaan dan tunggak kedamaian. Sebaik sahaja tamat kursus ini, saya dapat merasakan perasaan kasih syang begitu meluap-luap dalam diri ini. Kasih kepada ibubapa, adik beradik, suami dan anak-anak, jiran tetangga dan kawan-kawan. Kalau dahulu saya menympan sedikit prejudis terhadap kaum lain, tetapi kini saya telah dapat mengubah persepsi saya terhadap mereka. Dan kini saya rasa benar-benar ikhlas dan telus dalam menjalin perhubungan dengan jiran tetangga dan rakan-rakan. Malah saya turut menerapkan agape love kepada anak saya dan ahli keluarga saya. Kesan daripada perubahan ini memberi impak yang besar ke arah perubahan persepsi dan tingkah laku saya. Saya telah dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan ahli keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga. Dengan kasih sayang kita akan menjadi manusia yang ikhlas, tulus dan telus dalam semua tindakan kita. Bukan bermakna saya tidak punya rasa kasih sayang sebelum ini, tetapi agape love telah memperkukuhkannya lagi.

Hadijah menulis
Pendekatan agape love yang didedahkan sewaktu kemuncak kem banyak memberi impak positif dalam kehidupan saya. Saya kini lebih berfikiran terbuka dan lebih menghargai sesuatu yang aeda pada diri saya. Saya lebih cenderung untuk tidak berkasar dan agresif terhadap orang lain, tetapi menggunakan pendekatan kasih sayang dan cara yang boleh diterima oleh orang lain. Kejayaan ini sebenarnya tidaklah sebesar mana bagi pandangan orang lain. Namun ia amat bermakna bagi saya. Ianya tidak hadir selepas sahaja selesai kem tersebut tetapi hadir secara perlahan-lahan dan memerlukan masa yang agak panjang. Perubahan ini meliputi perasaan dan daya ketahanan saya dalam menghadapi situasi yang baru. Walaupun pada mulanya agak payah dan susah, namun semangat agape love masih membara dalam diri saya. Perubahan ini memang berlaku ke atas diri saya tidak pada orang lain kerana saya yang merasainya. Impian saya , saya ingin menjadi seorang kaunselor yang berkebolehan dan mampu membantu mereka yang memerlukan.

ENTRI 3: 17.09.09

Rohaya menulis...
Agape Love begitu menyentuh perasaan saya hinggakan menitiskan air mata saya tanpa saya sedari. Hal ini telah seterusnya menyedarkan saya bahawa selama ini saya tersasar dari pendekatan ini. Sebelum ini, saya melayan keluarga dan rakan-rakan dengan kasar. Sebelum ini jika adik saya melakukan kesalahan, biasanya saya akan terus memarahi mereka tanpa berfikir panjang, hal ini menyebabkan hubungan saya dengan adik saya tidak begitu akrab, tetapi dengan pendekatan kasih sayang ini, telah menjadikan saya dengan adik saya ini bertambah rapat kerana mereka merasa dapat kasih syaang yang saya berikan pada mereka tidak palsu dan ia lahir dari hati nurani saya. Di samping itu juga, ungkapan u i love juga saya praktikkan kepada ibubapa saya, selepas saya mengungkapkan kata-kata itu, hubungan saya dnegan ibubapa lebih rapat dan bebas berkongsi apa juga masalah yang saya hadapi. Oleh itu, jelas disini mennjukkan pendekatan kasih sayang memberi seribu keajaiban kepada mereka yang mepraktikkannya.
Ahmad menulis
Pendekatan yang digunakan dalam slot agape love begitu menarik dan berbeza. You i love mengajar erti kasih sayang kepada semua insan tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Ianya amat menyentuh perasaan saya apabila ia dikaitkan dengan hubungan antara saya dengan ibubapa dan keluarga saya. Ia memberi satu keinsafan yang amat mendalam kepada saya tentang adakah saya telah memberikan kasih syang yang secukupmya kepada mereka. Sikap saya kepada ibu seperti bersikap kasar terutamya semasa usia remaja belum terampun walau setiap tahun memohon ampun kepada ibu di pagi hari raya. Begitu juga pengorbanan isteri yang sanggup berkorban masa dan wang ringgit demi melihat kejayaan saya.
Siti Norezan menulis
Aktiviti agape love memberi kesan yang cukup mendalam terhadap diri saya. Aktiviti tersebut memberi kesedaran kepada saya agar memupuk nilai kasih sayang dalam menjalankan kehidupan seharian. Kasih sayang yang dibina atas dasar keikhlasan akan mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri. Saya ingin menerapkan nilai kasih syaang sesama insan dan menanamkan sikap suka menolong orang lain yang menghadapi masalah. Saya merasakan bahawa kasih sayang dapat membentuk diri saya agar peka terhadap orang yang terdekat dengan saya seperti ibubapa, adik beradik, ahli keluarga yang lain serta rakan-rakan mahupun orangl ain.
Salmezah menulis
Agape love berperanan mewujudkan perasaan kasih dan sayang yang sejati antara sesama insan, dan hasilnya kini, saya lebih mudah memuntahkan kemesraan antara sesama individu. U i love merupakan satu ungkapan yang kian sebati dalam minda dan jiwa saya, malah dapat menjelekitkan diri antara satu sama lain apabila diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kini saya berasa lebih bahagia dan gembira apabila menjiwai ungkapan ini dan kian menghargai antara sesama insan.
Siti menulis
Slot Agape Love begitu banyak memberi kesan kepada diri saya. Perubahan utama ialah hubungan saya dengan keluarga saya terutamanya hubungan dengan ibu, bapa dan adik beradik saya. Jika sebelum mengikuti program ini hubungan kami tidak begitu mesra. Buat pertama kalinya semasa saya balik bercuti saya telah mencium dan memeluk ibu saya. Selain daripada mencium tangan ibu dan bapa saya. Dan buat pertama kalinya juga ibu saya telah memeluk dan mencium saya. Saya begitu terharu dengan situasi tersebut kerana saya tidak pernah merasainya sebelum ini. Hal ini kerana suatu ketika dahulu hubungan saya dengan ibu saya wujud sedikit masalah yang menyebabkan saya lebih rapat dengan bapa.
Noor Akmal menulis
Pada cuti pertengahan semester yang lepas saya telah nampak keberkesanan sikap yang ada pada diri saya telah berlaku pada diri saya dan diri adik lelaki saya yang kini berada dalam tingkatan lima. Jika dulu berlaku perselisihan faham hingga tidak bertegur sapa sampai dua tiga hari tetapi dengan langkah yang saya ambil menjadikan adik telah tampil meminta maaf kepada saya. Saya tidak tahu nak cerita macam mana perubahan yang ada pada diri saya tetapi balik ke rumah pada kali ini menjadikan saya lebih sayang kepada keluarga saya. Walaupun keluarga saya tidak mengalami masalah tetapi kebahagian yang telah sedia ada menjadikan saya lebih bahagia dan rasa sayang bertambah kepada ahli keluarga sebenarnya. Jika dulu saya kurang mengambil tahu perihal rakan-rakan dan kepada adik-adik yang masih belajar tetapi kini saya begitu ingin tahu tentang keadaan rakan adik-adik kerana merasakan mereka perlu diberi kasing sayang dan sekurang-kurangnya merasai apa yang adik saya rasa hasil tunjuk ajar daripada saya. Kini, adik-adik telah menunjukkan rasa sayang yang lebih kepada saya. Anak saudara yang masih berusia dua tahun telahpun pandai menyebut u i love kepada saya. Ketika berhadapan dengan orang kampung sekalipun, saya menunjukkan sikap yang baik di mata mereka bukan berlakon tetapi itu realiti sikap yang perlu dijaga rapi supaya ianya sebati untuk masa akan datang kelak. Saya tidak cepat melatah sebaliknya mendengar dulu apa yang orang lain kata, kemudian saya menilai dan cuba memberi pendapat dengan penuh hikmah jika pendapat bertentangan dengaan pendapat saya.

Posted by ab. aziz mohd yatim at 8:42 PM No comments:

No comments:

Post a Comment