Aziz Yatim menulis:
Modul Agape Love ini adalah hasil daripada cubajaya yang
sangat lama. Bermula dari tahun 1994 dan banyak perubahan yang telah dilakukan
dalam bentuk cerita dan latar muzik. Ianya memberi kesan yang amat tinggi
terhadap kasih sayang kepada sesiapa yang mengikutinya. Selalu saya katakan
sekiranya seorang pelajar mengikutinya dia akan menyayangi orang lain di
sekelilingnya lebih dari sebelumnya. Mereka akan cuba membantu manusia dan
menyayangi mereka. Mereka akan lebih menghargai ibubapa mereka, guru dan
sebagainya. Begitu juga sekiranya guru yang mengikuti modul ini mereka akan
menyayangi pelajar mereka lebih lagi dari sebelumnya. Mereka akan memandang
pelajar sebagai manusia yang berharga dan perlu dibantu. Pandangan sebelum ini
mungkin tidak seperti itu. Lumrah dunia kadang-kala seorang guru itu tidak suka
untuk membantu pelajar mereka sendiri kerana ciri-ciri yang ada pada pelajar
tersebut seperti pelajar gedik, mengada-ngada, tidak pandai, malas dan
sebagainya. Apapun cuba ikuti apa luahan rasa daripada peserta yang telah
mengikuti modul ini. Ini adalah sumbangan kecil saya untuk mewujudkan suasana
kasih sayang dalam kalangan manusia di dunia ini. Wallahualam. Kepada sesiapa yang
telah mengikutinya sila email luahan rasa anda ke pusaka01@yahoo.com untuk saya
uploadkan ke blog ini. Selamat membaca. Wassalam.
FIRST ENTRY: 11.09.09Nur Azani menulis:
Agape Love... sesunggunya bahasa cintas itu tiada taranya.
Hati yang pada azalinya dikurniakan dengan rasa kasih jika disiram dan sentiasa
dibaja dengan cinta ia akan mekar mewangi sepanjang masa. Agape Love mengajar
saya menghayati apa makna kehidupan yang penuh dengan kasih sayang. Cinta itu
milik sesiapa sahaja tanpa terbatas oleh batasan usia, bangsa dan agama. Setiap
orang punya seribu jalan yang berliku dalam menjadikan siapa mereka. Agape Love
banyak melatih saya mkenden gar apa yang tersirat dalam hati manusia walaupun
tanpa mendengar suara mereka. Bagi saya penghayatan kepada Agape Love merupakan
satu penghargaan diri yang amat tinggi dan tiada nilainya. Agape Love membuat
saya merenung dalam diri dan melahirkan sebuah perasaan yang cukup berbeza
terutamanya sebagai seorang manusia, hamba, anak, pelajar dan sudah semestinya
sebagai seorang kaunselor di masa hadapan. `u i love...'
Yusmi Suhana menulis:
Agape Love banyak memberi impak kepada saya. Setelah melalui
aktiviti itu, saya telah mengaplikasikan pendekatan kasih sayang dengan
rakan-rakan. Saya juga turut mengaplikasikannya dengan keluarga serta anak-anak
saudara saya. Ternyata ianya berkesan, kerana saya berasa lebih rapat dengan
rakan-rakan, keluarga saya dan juga anak saudara saya. Buat pertama kali dalam
hidup saya saya menyatakan sayang kepada ma dan abah saya dan dengan
abang-abang saya dan akak saya, saya lebih senang dengan mengucapkan `I Love
You'. Dengan rakan-rakan pula ungkapan You I Love sering dilafazkan dan akan
sentiasa melafazkan ungkapan-ungkapan yang memberi seribu makna kepada diri
saya.
Zuriatie menulis:
Agape Love memberi kesan yang mendalam dalam hidup saya.
Agape Love telah menunjukkan bagaimana kasih sayang amat penting dalam
kehidupan manusia. Berdasarkan apa yang telah saya lalui, saya merupakan
seroang kakan sulung kepada 7 adik beradik. Di rumah, saya agak tegas dengan
adik-adik. Sehinggakan mereka kadang kala takut untuk bertanya soalan kerja
rumah kepada saya. Bukan niat saya untuk bersikap sedemikian rupa, tetapi sikap
mereka yang nakal dan degil membuatkan saya memarahi mereka. akan tetapi, selepas
saya mendengar kisah cinta agape love daripada En. Aziz, dengan tiba-tiba saya
teringatkan adik-adik saya di kampung. Saya berasa amat bersalah dengan
tindakan kasar saya selama ini terhadap mereka sedangkan sebenarnya saya patut
memberi pengajaran serta tauladan yang baik kepada mereka. Oleh yang demikian,
saya cuba untuk berubah. Seminggu pulang ke kampung, saya praktikkan pendekatan
agape love. Saya cuba mengawal perasaan marah saya dan alhamdulillah saya dapat
mengurangkan perasaan tersebut walaupun kadang kala perangai mereka menguji
kesabaran saya. Pendekatan ini benar-benar mendekatkan saya dengan adik-adik
saya yang lain sehinggakan saya rasa berat hati untuk meninggalkan mereka.
Sara (bukan nama sebenar) menulis:
Aku tidak menjangkakan sesuatu yang maha hebat akan berlaku,
tapi inilah realitinya. Dari kecil aku diasuh dengan sikap kegarangan,
kemarahan, disiplin yang tinggi dan ketegasan, pendek kata sukar untuk aku
dapatkan pelukan manja, kasih sayang dan belaian manja dari keluargaku. Suatu
hari mak dan abah bergaduh dan aku tahu semua ini gara-gara abah. Dia
membuatkan ibuku menitiskan air mata kekesalan. Aku benci melihat keadaan
begitu. Tidak semena-mena aku meninggikan suara kepada abahku. aku memberontak
dan langsung tidak bercakap dnegannya. Aku memboikot dia dengan cara tidak
layan dan tidak bersembang walaupun sepatah. Demngan harapan dia akan berubah.
Ternuyata tidak sama sekali. Sehinggalah aku menyertai kursus En. Aziz, baru ku
sedar pendekatan kasih sayang lebih bermakna. Aku yakin kata-kata En. Aziz, dan
apabila cuti seminggu aku mulal berubah. Aku tunjukkan aku sangat sayangkan
abah dan emak. Jujur aku katakan aku terlalu sangkan mereka tapi dahulu aku
tidak pernah tunjukkan. Kata En Aziz, lebih baik kita luahkan sekarang, esok
lusa belum tentu ada peluang itu. Hatiku tergerak, aku bertindak!
Kalau dulu aku tidak pernauh bercakap, abahku turu membisu.
Aku mulakan strategi sewaktu abahku datang menjemputku di stesen bas, aku
tersenyum dari jauh. Salam aku ucapkan, kalau dahulu taubat aku takkan buat.
Emak dan abah berpandangan. Nak tergelak aku dibuatnya. Aku mulakan perbualan.
Kalau dahulu suara aku kasar bila bercakap dnegan mak dan abahkuk sebab aku tak
biasa tapi kali ini aku benar-benar bertekad. Suara lembut aku lontarkan.
Ternyata abah dan mak memberi respon yang baik. Aku tunjukkan aku sayngkan
mereka. Abah yang dulunya suka sangat membuat salah, bila tiap hari aku
tunjukkan sayang pda abah dan juga ahli keluarga dia mula dendekati aku. Aku
berikan respon.. Mungkin dia hairan sebab aku tak macam dulu.Suatu kejayaan
besar bagi ku dan mungkin lepas ini aku mahu dia berubah tapi bukan sekarang
terlalu awal. Aku nak dia rasa diriku cukup penting dan dia sendiri akan
berubah kerana anak dia yang tercinta. Mungkin esok atau lusa. Sebenarnya aku
tidak sangka sama sekali aku akan berbaik balikk selepas pergaduhan besar
berlaku antara aku danegan abah. Tapi bila aku sendiri mengambil inisiatif
untuk berbaik dan cara aku pilih ialah dengan cara kasih sayang, ternyata aku
perolehi hasilnya walaupun hanya bertegur sapa. Lihat betapa hebatnya cinta,
jika kita memberi dengan ikhlas dan 1000 kali ganda kita dapat balasannya.
SECOND ENTRY: 13.09.09
Seperti yang diceritakan Maziah (bukan nama sebenar)
Satu ketika saya amat membenci ayah saya. Bayangkan sebagai
seorang anak perempuan yang mempunyai nilai keislaman yang tinggi tetapi ayah
tetap tidak berubah dari dulu. Memang telah lama saya hendak menegur ayah.
Tabiatnya yang saban hari menjelang maghrib ke pekan untuk bermain mahjung
dengan rakan-rakannya itu sangat memalukan kami sekeluarga. Masanya amat sesuai
saya kira apabila ayah meminta saya menghantarkannya ke pekan tatkala maghrib
hendak menjelma. Saya menegur ayah dengan menasihatkannya berubah dan tidak
lagi bermain mahjung. Saya katakan padanya dia telah tua dan patut pergi ke
masjid daripada ke meja mahjung. Tanpa berfikir panjang ayah ke belakang lalu
membawa bersamanya paip getah lalu melibas saya semahunya. Saya menjerit
kesakitan dan lari darinya. Sejak hari itu saya tidak lagi bercakap dengan
ayah. Sehinggalah ayah sakit kerana diserang angin ahmar. Ayah tidak boleh lagi
berjalan. Saya pulang ke kampung dalam cuti semester tetapi tidak mendekati
ayah langsung. Saya tidak langsung bertanya khabar atau menatap wajahnya yang
sedang berbaring itu. Saya sangat sakit hati atas perlakuannya terhadap saya
yang telah besar panjang ini. Saya malu sebagai anak perempuan diperlakukan
sedemikian rupa. Tetapi setelah saya melalui modul agape love fikiran saya
terus terarah kepada ayah yang sedang sakit di rumah. Saya bertekat hendak
balik dan berbaik dengan ayah. Cuti semester peluang yang saya nantikan. Saya
mendekati ayah dan melembabkan badannya dengan towel basah. Saya mengurut
badannya. Saya bercerita dengannya. Saya tahu ayah tidak boleh pukul saya lagi
macam dulu dan saya juga tahu ayah amat menyesal memukul anak perempuannya ini.
Saya dapat melakukannya selama tiga minggu dan selepas itu ayah meninggalkan
kami sekeluarga buat selamanya. Jika saya tidak melalui modul agape love
mungkin saya tidak dapat berbuat demikian dan saya akan meratapi dan menyesal
seumur hidup saya. Terima kasih En. Aziz.
Noraini menulis
Agape Love banyak menyentuh jiwa saya. Saya mulai mengerti
tentang nilai kasih saying dan cinta. Saya memberanikan diri untuk meluahkan
rasa kasih dan saying saya terhadap seseorang melalui perkataan dan
tingkahlaku. Abah dan ibu saya merupakan insane yang paling awal dapat mengesan
perubahan sifat saya. Pandangan mata dan cara pergaulan antara kami sekeluarga
juga mengalami perubahan yang amat positif. Saya juga yakin bahawa abah, ibu
dan ahli kelurga yang lain meyayangi saya seperti saya menyayangi mereka.
Selain itu, saya juga agam mudah untuk membuat perkongsian perasaan dan semakin
mempercayai orang lain.
Norazura menulis
Kisah agape love amat berkesan dalam diri saya. Saya sedar
kasih sayang patut diletakkan tempat yang tertinggi dalam kehidupan.
Sesungguhnya, saya amat percaya bahawa kasih sayang adalah puncak kebahagiaan
dan tunggak kedamaian. Sebaik sahaja tamat kursus ini, saya dapat merasakan
perasaan kasih syang begitu meluap-luap dalam diri ini. Kasih kepada ibubapa,
adik beradik, suami dan anak-anak, jiran tetangga dan kawan-kawan. Kalau dahulu
saya menympan sedikit prejudis terhadap kaum lain, tetapi kini saya telah dapat
mengubah persepsi saya terhadap mereka. Dan kini saya rasa benar-benar ikhlas
dan telus dalam menjalin perhubungan dengan jiran tetangga dan rakan-rakan.
Malah saya turut menerapkan agape love kepada anak saya dan ahli keluarga saya.
Kesan daripada perubahan ini memberi impak yang besar ke arah perubahan
persepsi dan tingkah laku saya. Saya telah dapat mewujudkan hubungan yang baik
dengan ahli keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga. Dengan kasih sayang
kita akan menjadi manusia yang ikhlas, tulus dan telus dalam semua tindakan
kita. Bukan bermakna saya tidak punya rasa kasih sayang sebelum ini, tetapi
agape love telah memperkukuhkannya lagi.
Hadijah menulis
Pendekatan agape love yang didedahkan sewaktu kemuncak kem
banyak memberi impak positif dalam kehidupan saya. Saya kini lebih berfikiran
terbuka dan lebih menghargai sesuatu yang aeda pada diri saya. Saya lebih
cenderung untuk tidak berkasar dan agresif terhadap orang lain, tetapi
menggunakan pendekatan kasih sayang dan cara yang boleh diterima oleh orang
lain. Kejayaan ini sebenarnya tidaklah sebesar mana bagi pandangan orang lain.
Namun ia amat bermakna bagi saya. Ianya tidak hadir selepas sahaja selesai kem
tersebut tetapi hadir secara perlahan-lahan dan memerlukan masa yang agak
panjang. Perubahan ini meliputi perasaan dan daya ketahanan saya dalam
menghadapi situasi yang baru. Walaupun pada mulanya agak payah dan susah, namun
semangat agape love masih membara dalam diri saya. Perubahan ini memang berlaku
ke atas diri saya tidak pada orang lain kerana saya yang merasainya. Impian
saya , saya ingin menjadi seorang kaunselor yang berkebolehan dan mampu
membantu mereka yang memerlukan.
ENTRI 3: 17.09.09
Rohaya menulis...
Agape Love begitu menyentuh perasaan saya hinggakan
menitiskan air mata saya tanpa saya sedari. Hal ini telah seterusnya
menyedarkan saya bahawa selama ini saya tersasar dari pendekatan ini. Sebelum
ini, saya melayan keluarga dan rakan-rakan dengan kasar. Sebelum ini jika adik
saya melakukan kesalahan, biasanya saya akan terus memarahi mereka tanpa
berfikir panjang, hal ini menyebabkan hubungan saya dengan adik saya tidak
begitu akrab, tetapi dengan pendekatan kasih sayang ini, telah menjadikan saya
dengan adik saya ini bertambah rapat kerana mereka merasa dapat kasih syaang
yang saya berikan pada mereka tidak palsu dan ia lahir dari hati nurani saya.
Di samping itu juga, ungkapan u i love juga saya praktikkan kepada ibubapa
saya, selepas saya mengungkapkan kata-kata itu, hubungan saya dnegan ibubapa
lebih rapat dan bebas berkongsi apa juga masalah yang saya hadapi. Oleh itu,
jelas disini mennjukkan pendekatan kasih sayang memberi seribu keajaiban kepada
mereka yang mepraktikkannya.
Ahmad menulis
Pendekatan yang digunakan dalam slot agape love begitu
menarik dan berbeza. You i love mengajar erti kasih sayang kepada semua insan
tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Ianya amat menyentuh perasaan saya
apabila ia dikaitkan dengan hubungan antara saya dengan ibubapa dan keluarga
saya. Ia memberi satu keinsafan yang amat mendalam kepada saya tentang adakah
saya telah memberikan kasih syang yang secukupmya kepada mereka. Sikap saya
kepada ibu seperti bersikap kasar terutamya semasa usia remaja belum terampun
walau setiap tahun memohon ampun kepada ibu di pagi hari raya. Begitu juga
pengorbanan isteri yang sanggup berkorban masa dan wang ringgit demi melihat
kejayaan saya.
Siti Norezan menulis
Aktiviti agape love memberi kesan yang cukup mendalam
terhadap diri saya. Aktiviti tersebut memberi kesedaran kepada saya agar
memupuk nilai kasih sayang dalam menjalankan kehidupan seharian. Kasih sayang
yang dibina atas dasar keikhlasan akan mendatangkan kebaikan kepada diri
sendiri. Saya ingin menerapkan nilai kasih syaang sesama insan dan menanamkan
sikap suka menolong orang lain yang menghadapi masalah. Saya merasakan bahawa
kasih sayang dapat membentuk diri saya agar peka terhadap orang yang terdekat
dengan saya seperti ibubapa, adik beradik, ahli keluarga yang lain serta
rakan-rakan mahupun orangl ain.
Salmezah menulis
Agape love berperanan mewujudkan perasaan kasih dan sayang
yang sejati antara sesama insan, dan hasilnya kini, saya lebih mudah
memuntahkan kemesraan antara sesama individu. U i love merupakan satu ungkapan
yang kian sebati dalam minda dan jiwa saya, malah dapat menjelekitkan diri
antara satu sama lain apabila diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kini saya
berasa lebih bahagia dan gembira apabila menjiwai ungkapan ini dan kian
menghargai antara sesama insan.
Siti menulis
Slot Agape Love begitu banyak memberi kesan kepada diri
saya. Perubahan utama ialah hubungan saya dengan keluarga saya terutamanya
hubungan dengan ibu, bapa dan adik beradik saya. Jika sebelum mengikuti program
ini hubungan kami tidak begitu mesra. Buat pertama kalinya semasa saya balik
bercuti saya telah mencium dan memeluk ibu saya. Selain daripada mencium tangan
ibu dan bapa saya. Dan buat pertama kalinya juga ibu saya telah memeluk dan
mencium saya. Saya begitu terharu dengan situasi tersebut kerana saya tidak
pernah merasainya sebelum ini. Hal ini kerana suatu ketika dahulu hubungan saya
dengan ibu saya wujud sedikit masalah yang menyebabkan saya lebih rapat dengan
bapa.
Noor Akmal menulis
Pada cuti pertengahan semester yang lepas saya telah nampak
keberkesanan sikap yang ada pada diri saya telah berlaku pada diri saya dan
diri adik lelaki saya yang kini berada dalam tingkatan lima. Jika dulu berlaku
perselisihan faham hingga tidak bertegur sapa sampai dua tiga hari tetapi
dengan langkah yang saya ambil menjadikan adik telah tampil meminta maaf kepada
saya. Saya tidak tahu nak cerita macam mana perubahan yang ada pada diri saya
tetapi balik ke rumah pada kali ini menjadikan saya lebih sayang kepada
keluarga saya. Walaupun keluarga saya tidak mengalami masalah tetapi kebahagian
yang telah sedia ada menjadikan saya lebih bahagia dan rasa sayang bertambah
kepada ahli keluarga sebenarnya. Jika dulu saya kurang mengambil tahu perihal
rakan-rakan dan kepada adik-adik yang masih belajar tetapi kini saya begitu
ingin tahu tentang keadaan rakan adik-adik kerana merasakan mereka perlu diberi
kasing sayang dan sekurang-kurangnya merasai apa yang adik saya rasa hasil
tunjuk ajar daripada saya. Kini, adik-adik telah menunjukkan rasa sayang yang
lebih kepada saya. Anak saudara yang masih berusia dua tahun telahpun pandai
menyebut u i love kepada saya. Ketika berhadapan dengan orang kampung
sekalipun, saya menunjukkan sikap yang baik di mata mereka bukan berlakon
tetapi itu realiti sikap yang perlu dijaga rapi supaya ianya sebati untuk masa akan
datang kelak. Saya tidak cepat melatah sebaliknya mendengar dulu apa yang orang
lain kata, kemudian saya menilai dan cuba memberi pendapat dengan penuh hikmah
jika pendapat bertentangan dengaan pendapat saya.
Posted by ab. aziz mohd yatim at 8:42 PM No comments: